Peribahasa: Pengenalan & Aspek

Apakah Peribahasa?

Peribahasa merupakan susunan kata yang teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna.(Asyraf & Rosnita, 2010)

Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.

Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun

Kegunaan Peribahasa

Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran.
Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.

Jenis-jenis Peribahasa

Pada umumnya, peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya termasuklah:
(a) Simpulan Bahasa
(b) Perumpamaan
(c) Pepatah
(d) Bidalan




Contoh


a) Simpulan Bahasa


Besar Hati
Maksud: Bergembira atau berbangga akan sesuatu
Contoh ayat: Perdana Menteri sangat berbesar hati atas kejayaan atlit Malaysia pada sukan Olimpik yang lepas

(b) Perumpamaan


Bagai Aur dengan Tebing
Maksud: Tolong menolong antara satu sama lain
Contoh ayat: Penduduk kampung ini mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing

(c) Pepatah


Ingat sebelum kena, Jimat sebelum habis
Maksud: Selalu berusaha, selalu berwaspada dan berhati-hati
Contoh ayat: "Rajin-rajinlah menabung, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis" kata Ibu.

(d) Bidalan


Takut akan bayang-bayang sendiri
Maksud: Rasa takut kerana bersalah
Contoh ayat: Kerana takut akan bayang-bayang sendiri, akhirnya penjenayah itu menyerah diri kepada pihak polis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS