Bidalan: Pengertian & Contoh

Bidalan:

Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.

Ia tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.

Contoh Bidalan:

Ada gula, ada semut
Maksud:
Orang yang berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah
Contoh ayat:
kebanyakan orang muda lebih suka mencari pekerjaan di bandar kerana ada gula ada semut.

Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
Maksud:
Sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik.
Contoh ayat:
Petani itu menggunakan kerbau untuk membajak sementara belum berupaya membeli traktor. Baginya, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Pelanduk dua serupa
Maksud:
Dua orang yang serupa benar
Contoh ayat:
"Saya menegur budak itu kerana menyangka dia kawan saya.Rupa-rupanya pelanduk dua serupa" kata Akma

|| Ada gula, ada semut ||
Photo credit to: http://fc09.deviantart.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pepatah: Pengertian & Contoh

Apakah Pepatah?

Pepatah ialah peribahasa yang terdapat penggunaan kata di dalamnya

Bilakah pepatah di gunakan?

Pepatah di gunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak di sampaikan.

|| Photo credit to : http://zackzukhairi.blogspot.com ||

Contoh-Contoh Pepatah:

Ayam terlepas, tangan bau tahi
Maksud: 
Kejahatan tidak mendatangkan hasil melainkan malu semata-mata
Contoh ayat:
Lelaki yang meragut beg tangan wanita itu telah di tangkap oleh pihak polis. Dia tunduk malu sewaktu di bawa ke hadapan orang ramai. Kata orang, ayam terlepas, tangan bau tahi. 

Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung
Maksud:
Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
Contoh ayat:
"Sewaktu kamu berada di sana kelak, pandai-pandailah kamu menjaga diri. Brepeganglah pada pepatah di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung" kata ayah kepada kakak

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud:
Selalu berwaspada dan hati-hati
Contoh ayat:
"Rajin-rajinlah menabung, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis" kata ibu.

Ke tengah pun boleh, ke tepi pun boleh
Maksud:
Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan
Contoh ayat:
Walaupun Arman daripada keluarga yang kaya, namun dia dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kampung ini. Pendek kata, ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Maksud:
Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu yang tidak menyesal
Contoh ayat:
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna Khairi" Kata ibu kepada Khairi setelah wang yang dilabur olehnya lesap begitu sahaja. 

Nota Kaki:

Tonton video hikayat Sang Kancil di bawah ini dan apakah pepatah yang terdapat dalam video ini? 

Selamat menonton :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan: Perumpamaan

photo credit to blog.mohdisa.com

Berikan maksud perumpamaan di bawah:

1) Bagai aur dengan tebing: __________________________________________________

2) Bagai kacang lupakan kulit: _______________________________________________

3) Bagai kumbang putus tali: ________________________________________________

4) Laksana burung diam dalam sangkar: ______________________________________

5) Seperti tikus jatuh diberas: _______________________________________________


Nota Kaki: Latihan boleh di download di sini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perumpamaan: Pengertian & Contoh

Apakah Perumpamaan?

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat

Bagaimana mengenali perumpamaan?

Kebiasaannya, perumpamaan dimulai dengan perkataan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Contoh perumpamaan:

1) Perkataan ibarat - Ibarat burung, mata lepas badan terikat
    Maksud: Tidak ada kemerdekaan.
    Contoh ayat: Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.

2) Perkataan laksana - Laksana katak di harung ular
   Maksud: lari bertempiaran dengan suara riuh-rendah kerana ketakutan.
    Contoh ayat: Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang   yang tidak siuman.

3) Perkataan seperti - Seperti cincin dengan permata
   Maksud: jodoh yang sesuai benar.
   Contoh ayat: Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata.

4) Perkataan umpama - Umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat
    Maksud: Mempunyai rupa yang cantik tetapi berperangai kurang elok.
    Contoh ayat: Dalam dunia ini terdapat juga manusia umpama lebah, mulut membawa madu, madu membawa sengat. Maka, ia perlu di jauhi.

5) Perkataan bagai - Bagai anjing dengan bayang-bayang
   Maksud: Mempunyai perasaan tamak sehingga merugikan diri sendiri
   Contoh ayat: "Jangan berperangai bagai anjing dengan bayang-bayang. Nanti diri sendiri yang rugi" pesan Ibu kepada Nelly. 

Tambahan:

Contoh bagai anjing dengan bayang-bayang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan: Simpulan Bahasa

Soalan: Tonton cerita di bawah ini kemudian nyatakan simpulan bahasa yang boleh diperolehi daripada cerita di bawah.

Hikayat Sang kancil dan Buaya


Latihan:

Nyatakan Lima (5) Simpulan Bahasa yang terdapat di dalam Hikayat Sang Kancil dan Buaya ini.

1) ____________________________________________________
2) ____________________________________________________
3) ____________________________________________________
4) ____________________________________________________
5) ____________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpulan Bahasa: Pengertian & Contoh

Pengertian Simpulan Bahasa:

Simpulan Bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling mudah.

Bentuk Simpulan Bahasa:

Kebiasaannya, simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Contoh Simpulan Bahasa:

  • Ada Bakat
    Maksud: Mempunyai tokoh atau perwatakan
    Contoh Ayat: Marcella ada bakat untuk menjadi pemimpin.

  • Bulat Kata
    Maksud: Sepakat;Sehati
    Contoh Ayat: Semua murid tahun lima Bestari sudah bulat kata melantik Haikal sebagai ketua kelas.
  • Cakar Ayam
    Maksud: Tulisan yang buruk
    Contoh Ayat: Tulisan Ah Kiang yang cakar ayam itu sukar di baca oleh orang lain.
  • Titik Peluh
    Maksud: Penat lelah atau usaha yang bersungguh-sungguh
    Contoh Ayat: Hasil titik peluhnya selama ini, beliau berjaya membuka sebuah restoran di ibu kota. 

Nota Kaki: 

Setiap simpulan bahasa mempunyai makna yang tertentu. Namun, terdapat simpulan bahasa yang mempunyai makna yang sama. Contohnya:

Naik Angin = Naik Darah
Harga Mati = Paku Belanda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan: Pengenalan Peribahasa

Antara contoh soalan latihan yang boleh diberikan kepada murid adalah seperti berikut.


Soalan Subjektif

1) Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa?
  Jawapan: ____________________________________________________________________________

2) Bagaimanakah peribahasa boleh kekal sehingga ke hari ini?
  Jawapan: ____________________________________________________________________________

3) Berikan jenis-jenis peribahasa yang telah kamu pelajari?
  Jawapan: ____________________________________________________________________________

4) Berikan Contoh kepada jenis-jenis peribahasa berikut:

a) Simpulan Bahasa : __________________________________________________________________

(b) Perumpamaan    : ___________________________________________________________________

(c) Pepatah             : ___________________________________________________________________

(d) Bidalan              : ___________________________________________________________________

Soalan melengkapkan gambar rajah


Nota: Guru meminta murid untuk melengkap gambar rajah peribahasa yang diberikan

Soalan memberikan definisi 


Nota: Guru meminta murid untuk memberikan definisi kepada jenis-jenis peribahasa berikut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peribahasa: Pengenalan & Aspek

Apakah Peribahasa?

Peribahasa merupakan susunan kata yang teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna.(Asyraf & Rosnita, 2010)

Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.

Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun

Kegunaan Peribahasa

Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran.
Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.

Jenis-jenis Peribahasa

Pada umumnya, peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya termasuklah:
(a) Simpulan Bahasa
(b) Perumpamaan
(c) Pepatah
(d) Bidalan




Contoh


a) Simpulan Bahasa


Besar Hati
Maksud: Bergembira atau berbangga akan sesuatu
Contoh ayat: Perdana Menteri sangat berbesar hati atas kejayaan atlit Malaysia pada sukan Olimpik yang lepas

(b) Perumpamaan


Bagai Aur dengan Tebing
Maksud: Tolong menolong antara satu sama lain
Contoh ayat: Penduduk kampung ini mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing

(c) Pepatah


Ingat sebelum kena, Jimat sebelum habis
Maksud: Selalu berusaha, selalu berwaspada dan berhati-hati
Contoh ayat: "Rajin-rajinlah menabung, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis" kata Ibu.

(d) Bidalan


Takut akan bayang-bayang sendiri
Maksud: Rasa takut kerana bersalah
Contoh ayat: Kerana takut akan bayang-bayang sendiri, akhirnya penjenayah itu menyerah diri kepada pihak polis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS