Bidalan: Pengertian & Contoh

Bidalan:

Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.

Ia tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.

Contoh Bidalan:

Ada gula, ada semut
Maksud:
Orang yang berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah
Contoh ayat:
kebanyakan orang muda lebih suka mencari pekerjaan di bandar kerana ada gula ada semut.

Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
Maksud:
Sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik.
Contoh ayat:
Petani itu menggunakan kerbau untuk membajak sementara belum berupaya membeli traktor. Baginya, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Pelanduk dua serupa
Maksud:
Dua orang yang serupa benar
Contoh ayat:
"Saya menegur budak itu kerana menyangka dia kawan saya.Rupa-rupanya pelanduk dua serupa" kata Akma

|| Ada gula, ada semut ||
Photo credit to: http://fc09.deviantart.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pepatah: Pengertian & Contoh

Apakah Pepatah?

Pepatah ialah peribahasa yang terdapat penggunaan kata di dalamnya

Bilakah pepatah di gunakan?

Pepatah di gunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak di sampaikan.

|| Photo credit to : http://zackzukhairi.blogspot.com ||

Contoh-Contoh Pepatah:

Ayam terlepas, tangan bau tahi
Maksud: 
Kejahatan tidak mendatangkan hasil melainkan malu semata-mata
Contoh ayat:
Lelaki yang meragut beg tangan wanita itu telah di tangkap oleh pihak polis. Dia tunduk malu sewaktu di bawa ke hadapan orang ramai. Kata orang, ayam terlepas, tangan bau tahi. 

Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung
Maksud:
Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
Contoh ayat:
"Sewaktu kamu berada di sana kelak, pandai-pandailah kamu menjaga diri. Brepeganglah pada pepatah di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung" kata ayah kepada kakak

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud:
Selalu berwaspada dan hati-hati
Contoh ayat:
"Rajin-rajinlah menabung, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis" kata ibu.

Ke tengah pun boleh, ke tepi pun boleh
Maksud:
Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan
Contoh ayat:
Walaupun Arman daripada keluarga yang kaya, namun dia dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kampung ini. Pendek kata, ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Maksud:
Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu yang tidak menyesal
Contoh ayat:
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna Khairi" Kata ibu kepada Khairi setelah wang yang dilabur olehnya lesap begitu sahaja. 

Nota Kaki:

Tonton video hikayat Sang Kancil di bawah ini dan apakah pepatah yang terdapat dalam video ini? 

Selamat menonton :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan: Perumpamaan

photo credit to blog.mohdisa.com

Berikan maksud perumpamaan di bawah:

1) Bagai aur dengan tebing: __________________________________________________

2) Bagai kacang lupakan kulit: _______________________________________________

3) Bagai kumbang putus tali: ________________________________________________

4) Laksana burung diam dalam sangkar: ______________________________________

5) Seperti tikus jatuh diberas: _______________________________________________


Nota Kaki: Latihan boleh di download di sini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perumpamaan: Pengertian & Contoh

Apakah Perumpamaan?

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat

Bagaimana mengenali perumpamaan?

Kebiasaannya, perumpamaan dimulai dengan perkataan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Contoh perumpamaan:

1) Perkataan ibarat - Ibarat burung, mata lepas badan terikat
    Maksud: Tidak ada kemerdekaan.
    Contoh ayat: Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.

2) Perkataan laksana - Laksana katak di harung ular
   Maksud: lari bertempiaran dengan suara riuh-rendah kerana ketakutan.
    Contoh ayat: Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang   yang tidak siuman.

3) Perkataan seperti - Seperti cincin dengan permata
   Maksud: jodoh yang sesuai benar.
   Contoh ayat: Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata.

4) Perkataan umpama - Umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat
    Maksud: Mempunyai rupa yang cantik tetapi berperangai kurang elok.
    Contoh ayat: Dalam dunia ini terdapat juga manusia umpama lebah, mulut membawa madu, madu membawa sengat. Maka, ia perlu di jauhi.

5) Perkataan bagai - Bagai anjing dengan bayang-bayang
   Maksud: Mempunyai perasaan tamak sehingga merugikan diri sendiri
   Contoh ayat: "Jangan berperangai bagai anjing dengan bayang-bayang. Nanti diri sendiri yang rugi" pesan Ibu kepada Nelly. 

Tambahan:

Contoh bagai anjing dengan bayang-bayang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS