Apakah Perumpamaan?
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat
Bagaimana mengenali perumpamaan?
Kebiasaannya, perumpamaan dimulai dengan perkataan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
Contoh perumpamaan:
1) Perkataan ibarat - Ibarat burung, mata lepas badan terikat
Maksud: Tidak ada kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.
2) Perkataan laksana - Laksana katak di harung ular
Maksud: lari bertempiaran dengan suara riuh-rendah kerana ketakutan.
Contoh ayat: Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang yang tidak siuman.
3) Perkataan seperti - Seperti cincin dengan permata
Maksud: jodoh yang sesuai benar.
Contoh ayat: Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata.
4) Perkataan umpama - Umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat
Maksud: Mempunyai rupa yang cantik tetapi berperangai kurang elok.
Contoh ayat: Dalam dunia ini terdapat juga manusia umpama lebah, mulut membawa madu, madu membawa sengat. Maka, ia perlu di jauhi.
5) Perkataan bagai - Bagai anjing dengan bayang-bayang
Maksud: Mempunyai perasaan tamak sehingga merugikan diri sendiri
Contoh ayat: "Jangan berperangai bagai anjing dengan bayang-bayang. Nanti diri sendiri yang rugi" pesan Ibu kepada Nelly.
Tambahan:
Contoh bagai anjing dengan bayang-bayang
Perumpamaan: Pengertian & Contoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum cikgu Noor
Tahniah! Biog yang dihasilkan begitu mantap dan cantik. Teruskan usaha cikgu yang murni ini.
Post a Comment